Siapa GPS?

Siapa GPS?

1. Sejarah Penubuhan

Gerakan Pengundi Sedar ( GPS ) adalah sebuah NGO yang ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda menjelang Pilihanraya Umum Malaysia ke-14. Ia ditubuhkan pada 7 Oktober 2017, lebih kurang 7 bulan sebelum pilihanraya ke-14 berlangsung.

Tujuan penubuhannya adalah kerana GPS menganggap kebanyakan ahli politik tidak boleh diharap untuk membela Islam dan hak Bumiputra yang menjadi asas penubuhan negara Malaysia, seperti yang terkandung dalam Perkara 3 dan Perkara 153 perlembagaan persekutuan.

GPS pada ketika itu berperanan menjadi pemandu kepada rakyat, untuk memilih calon yang mempunyai kriteria memperjuangkan Islam dan hak Bumiputra, tanpa melihat parti, serta calon yang bersih dari rasuah dan salahlaku.

Selepas PRU-14 berakhir, peranan GPS diteruskan dalam mendidik pengundi, terutama pengundi muda tentang kepentingan mengundi calon yang meletakkan Islam sebagai agama negara dan memperkasa agenda Bumiputra.

2. Tuntutan

GPS mempunyai 3 tuntutan :
a. Mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan
b. Memperkasa agenda Bumiputra
c. Mempercepat proses ke arah sekolah satu aliran

Tuntutan GPS dituju kepada semua Ahli Parlimen di Semenanjung

3. Siapa di belakang GPS?

GPS tidak pernah dibayar oleh mana-mana parti politik. Justeru GPS bebas mengkritik mana-mana parti.