Assalamualaikum.
Saingan yang sengit di PRK Tanjung Piai mengalih perhatian kepada pengundi muda yang duduk di luar kawasan untuk pulang dan mengundi. Namun pihak GPS sedar ramai di kalangan anak muda yang berkira-kira untuk pulang ke kampung kerana masalah kos.
Dengan itu, kami berbesar hati melancarkan dana khalayak atau crowdfunding. GPS menginsafi suara anak muda sering diketepikan dalam perkiraan pembuat polisi dan inilah masanya untuk mereka menyampaikan mesej kepada pihak berwajib.
Butiran adalah seperti berikut :
Untuk menderma, boleh bank in dana tersebut pada akaun Maybank : 562405630804 ( GPS ANALITIKA ), dengan rujukan : PRK
Untuk mendapatkan tiket bas percuma, anda hanya perlu whatsapp kami di nombor : 011-26708370
dan sertakan :
- Screen shot Semakan Daftar Pemilih dengan melayari https://pengundi.spr.gov.my serta masukkan nombor IC. Screenshot tersebut berupa begini :
(ini adalah sebagai bukti anda adalah pengundi di P165 yang berdaftar.)
- Berikan perincian perjalanan bas iaitu :
Terminal Asal ( Contoh : TBS, Kuala Lumpur / Terminal Amanjaya Ipoh / Penang Sentral/ dll )
b. Terminal Tujuan ( Pontian ATAU Gelang Patah )
c. Cadangkan waktu yang anda selesa
d. Berikan alamat email
Hantarkan Whatsapp 2 perkara ini sahaja dan kami akan emailkan tiket bas anda.
Terma dan Syarat :
- Terbuka untuk pengundi muda sahaja iaitu berumur 30 tahun DAN ke bawah.
- Terbuka untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama dan jantina
- Tidak terikat untuk mengundi parti tertentu.
- Tiket percuma bersifat SEHALA sahaja
- Tiket yang diberikan adalah muktamad, tidak boleh ditukar, dipulangkan atau dibatalkan.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November, Hari Jumaat, Pukul 12 tengahari ATAU sehingga kehabisan dana ATAU sehingga kehabisan tiket bas.
- pemberian tiket adalah bersifat ‘first come first serve’.
Diharapkan usaha yang kerdil ini dapat menyuburkan sistem demokrasi negara dan suara anak muda didengari serta diberikan perhatian. Ayuh menderma dan bantu anak muda balik mengundi!